Wikipedia

Hasil carian

Selasa, 18 Disember 2012

Gelabah

Assalamualaikum!salam sejahtera.Kali ni nak sembang pasal gementar.Gementar juga bila nak berbual dengan orang yang lebih tua/berpengalaman daripada kita.Selalunya berlaku akibat kita malu dan kita tak pernah bercakap dengan orang tersebut.Mungkin semasa di alam nyata jarang berbual atau tak pernah berbual dengan orang tersebut.Maka,jadi kekok benar nak berbual dengannya di alam sosial seperti Faceook,Twitter mahupun What's App.

Saya pernah mengalami situasi sebegini.Hampir semua orang mengalaminya.Betul?Saya berasa saya boleh kongsi sedikit sebanyak mengenai tip untuk hilang gelabah.Saya kongsikan tip untuk diri saya sendiri dan pembaca semua.
  1. Tarik nafas dalam-dalam.
  2. Bagi salam bagi orang yang beragama Islam.(bagi bangsa lain boleh mengucapkan selamat sejahtera)
  3. Mulakan taipan denagan menanyakan khabar.
  4. Menanyakan perkembangan terkini si penyembang.
  5. Kalau rasa kekok lagi....Tamatkan taipan dengan ucapan "Baiklah,assalamualaikum"/"Baiklah,panjang umur kita jumpa lagi"
 Bagaimana?Dah elok dah rasa hati tu??Saya harap tip ini membantu anda semua.Akhir kalam,assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan selamat malam!

Isnin, 17 Disember 2012

Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Cuti sekolah hampir tamat.Dua minggu sahaja lagi unuk memanfaatkan semua masa yang ada dengan ulangkaji.Saya masih mengilangkaji dengan menggunakan laman sesawang dan blog.Macam mana?senang sahaja.Dengan menggunakan bahasa baku semasa menulis dan menjawab soalan di Ask.Fm dalam bahasa inggeris.Sekurang-kurangnya kita dapat menambah kosa kata sedia ada.Matematik dengan Sains dan mata pelajaran lain pula bagaimana?Kita guna pula medium pencetakan untuk belajar pula.Iaitu membaca buku!Jangan terasa.Sebenarnya terdapat plbagai laman web yang mengadakan pemainan secara 'online' untuk mempelajari pelbagai mata pelajaran.Tentu lebih seronok bukan?Jika anda masih buntu mencari laman web sebegitu biar saya memberi cadangan laman web yang sesuai untuk para pelajar.http://niexus.nst.com.my saya bukan hendak mempromosikan laman web ini tetapi sebagai rujukan buat kita semua sebagai insan yang dahagakan ilmu pengetahuan.Akihir taipan saya pada kali ini agar kita terus berusaha mendalami ilmu sebanyak mungkin walaupun ketika melayari internet.Assalamualaikum dan selamat bercuti!

Ahad, 16 Disember 2012

Komik

Anda pernah membaca komik?Kalau pernah baguslah.Zaman sekarang komik bersepah kat kedai buku.Kan?Sekarang cerpen atau novel hanya di minati sebilangan manusia sahaja.tak la semua tak suka novel.Masih ramai lagi pencinta novel ada di muka bumi nih.Penerbit buku sejarah pun dah menggunakan medium komik untuk memahamkan para pelajar.Tapi ada sesetengah pihak penerbitan buku yang menerbitkan komik untuk melariskan jualan.Hmmmm...............................Bagus-bagus.Inovation.Baiklah,setakat nih saja untuk kali nih.Bila saya ada idea saya bincangkan lagi topik-topik yang sesuai untuk semua. 

Permulaan

Baiklah...................Ini pertama kali,jadi tak tau nak tulis apa.Semua idea dah lari sebab terlalu excited nak buat blog.Sebelum saya memulakan lebih banyak catatan,saya nak tujukan khas buat kawan saya yang menyakinkan saya untuk membuat blog.Baiklah,namanya,SITI NURUL'AFIYAH SHAIKH AHMAD JAFNI(maaf la.saya tak berapa tau eja nama bapa beliau.maafkan saya jika salah.