Wikipedia

Hasil carian

Sabtu, 18 Januari 2014

Ryujin Juwara(Malaysia)

Assalamualaikum.Ehm..ehm..
Lama tak menaip dekat blog nih...
Rasanya setahun jugak nih...
Ehm...ehm..

Hari ni saya nak menyatakan pandangan sendiri.(kalau sama tu kiranya ...entah la...)
Satu nama,RYUJIN JUWARA...
Dah ditayangkan mulai 17/1/2014 pukul 7.30 malam selepas anime Naruto di TV3 la.

Pada mulanya iklan gambar tu sebelum tahun baru lagi dah disiarkan.
Saya ingat cerita ni hanyalah cerita 'dubbing'(alih suara) dari Bahasa Jepun ke Melayu.(alah macam Kamen Rider,Ultraman tu...).Jadi,buat apa nak beria-ia iklan berminggu-minggu.

Tetapi,selepas tonton semalam,baru faham,penjenamaan semula,2 perkataan.
Kiranya,jalan cerita ala-ala superhero Jepun yang lain-lain tetapi pelakon(hero),produksi buatan Malaysia.
Kiranya bagus jugak la,Malaysia dah ada siri superhero dalam bentuk manusia yang pertama.Yang saya tahu kartun Boboboi jerr..selalu.

Jadi,kesimpulannya,sokonglah barangan buatan Malaysia.Walaupun ada sesetengah orang kata,"Alah,dengan kerjasama syarikat Jepun tu,bukan asli pun".Tapi,pendapat saya berlainan,dah memang kita baru nak mengembangkan industri tu.Jadi,kita perlu bimbingan dari syarikat yang dah biasa dan negara yang dah biasa dengan industri tu.Lama-lama Malaysia boleh la jadi pelopor industri tersebut.In sha Allah...
Apa-apa pun,selamat menonton cerita tu...Kalau nak baca sinopsisnya dengan lebih mendalam sila usha-usha laman web ni---->RYUJIN JUWARA

Jumpa lagi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan