Wikipedia

Hasil carian

Isnin, 5 Ogos 2013

Dilema Eletronik...

Assalamualaikum!
Apa khabar?Macam mana puasa?Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut 1 Syawal
(Hari Raya Aidilfitri)
Sebentar sahaja Ramadan akan meninggalkan kita.Sedih gak.Oleh itu,marilah kita berdoa pada 10 malam terakhir ini agar dapat berjumpa semula dengan Ramadan pada tahun akan datang dan tahun-tahun seterusnya.

Itu baru mukaddimah...
Tajuk yang saya nak taip hari ini ialah,dilema elektronik..
Apa yang dilema,siapa yang dilema,ada apa dengan dilema...
Sebenarnya,saya dalam dilema hendak membeli barangan elektronik yang baharu.Iaitu komputer riba,cuma ianya dalam perancangan sahaja.Kalau berpeluang,saya akan membelinya.Tetapi,masalahnya sekarang,kopmuter riba apa yang sesuai.Saya sengaja terbitkan catatan ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan dan bukan untuk memperlekeh barangan keluaran syarikat tersebut.Saya tidak mempunyai sebarang niat untuk melakukan sebegitu.Ini cuma pandangan peribadi saya terhadap sesebuah komputer riba.Saya berharap agar semua pihak memahami apa yang saya telah taip sebentar tadi.

Sebenarnya,saya mencari komputer riba yang dapat menampung banyak kapasiti penyimpanan fail dan mampu berfungsi lebih laju.Jadi,saya mencari 'laptop' yang menggunakan SSD.Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SSD,boleh pergi ke laman web anak tempatan Malaysia yang mengetahui lebih mendalam tentang SSD dan perbezaan HDD.Ini linknya,http://www.omar.my/2013/01/solid-state-drive/

Kadua,saya mencari 'laptop'yang mempunyai skrin yang besar.(dalam 15"ke 16")senang sikit nak layan wayang,games.Tetapi yang pastinya,ini antara 'notebook' yang mempunyai skrin yang dalam lingkungan 15"-16".

Skrin 15"-16"/17"

  • Acer Aspire R7-571-53338G1T
  • Acer V5-531-10174G50 Notebook-15.6"
  •  Lenovo Z500T 5937-4978 Notebook-15"
  • Lenovo G780 5933-8337 Notebook-17"
  • Lenovo Y500 5937-7008 Notebook-15.6"
  • Asus A55VD-SX825 Notebook-15.6"






                                                              Acer Aspire R7-571-53338G1T




    Ini antaranya.Kalau para pembaca baca blog ni selepas beberapa bulan selepas taipan ini diterbitkan mungkin dah berbeza sikit.Sama ada laptop berskrin besar akan lebih banyak atau akan lebih pupus.



    Laptop yang menggunakan Solid State Drive(SSD)
    Acer

    • Acer Aspire S7-391-53334G12 Ultrabook 13.3"-128GB SSD
    • Acer Aspire M5-481PTG-53336G52 Ultrabook 14" -500GB HDD+20GB SSD
    • Acer Aspire S3-391-33224G52 Ultrabook -500GB HDD+20GB SSD
    • Acer Aspire P3-131-21292G06 11.6" Notebook/Laptop TOUCH -60GB SSD 
    • Acer Aspire P3-171-3322Y2G06 11.6" Notebook/Laptop TOUCH- 60GB SSD
    • Acer Aspire S7-391-73534G25 Ultrabook 13.3"-256GB SSD 
    Saya mendapatkan sumber-sumber ni semua di sini.Maaflah jika semuanya keluaran Acer.Dah saya cuma buka laman web yang hanya menyenaraikan keluaran Acer.

    Yang ni pula dari keluaran lain.
    Asus

    • AsusPro B Advanced BU400VC-V3086G 14" Laptop/ Notebook- 500GB SATA HDD + 128GB SSD
    • Asus UX31 Series UX31A-C4059H ZENBOOK 13.3" TOUCH-128GB III SSD
    • Asus S400CA-CA006H VivoBook-500GB HDD + 24GB SSD Cache
    • Asus VivoBook S551LB-CJ077H 15.6" Laptop/ Notebook -750GB SATA HDD+24GB SSD 
    • Asus S550CB-CJ102H VivoBook 15.6" -500GB SATA HDD + 24GB SSD
    • Asus S550CB-CJ103H VivoBook 15.6"-1TB SATA HDD + 24GB SSD
    •  Asus VivoBook S551LB-CJ075H 15.6" Laptop/ Notebook -1TB SATA HDD + 24GB SSD
    • Asus S56CB-XX390H Ultrabook 15.6"-1TB SATA HDD + 24GB SSD

    Lenovo

    • Lenovo IdeaPad Yoga 13 5936-7912 Ultrabook 13.3"-128GB SSD
    • Lenovo IdeaPad Yoga 11s 5937-6923 Ultrabook 11.6"-128GB SSD
    • Lenovo ThinkPad Edge E430 3254BS3-750GB SATA HDD + 16GB SSD
    • Lenovo 34608AA ThinkPad X1 Carbon Ultrabook-180GB SSD
    • Lenovo ThinkPad T430u 33511C1 14" Ultrabook-500GB SATA HDD + 24GB SSD
    • Lenovo IdeaPad U410T 5937-2948 14" Laptop TOUCH -500GB SATA HDD + 24GB SSD
    • Lenovo ThinkPad T430u 33518HA 14" Notebook-500GB SATA HDD + 24GB SSD
    • Lenovo IdeaPad Yoga 13 5936-7910 Ultrabook 13.3"-256GB SSD
    • Lenovo IdeaPad Yoga 11s 59390030 Ultrabook 11.6"-256GB SSD
    Sebenarnya banyak lagi kalau nak disenaraikan.Jadi,tak mau tulis banyak saya akan senaraikan laman web yang boleh dikunjungi...Jangan lupa,pastikan survey sebanyak-banyaknya supaya kita berpuas hati apa yang kita pilih.Kalau tak,menyesal tak sudah.Itu ja untuk kali ini,Sekian.Assalamualaikum!Selamat berbuka.

    p/s:dinasihatkan beli di kedai lebih baik dari beli secara online kerana jika beli di kedai,kita dapat menyesuaikan diri dengan laptop tersebut.Tetapi,terpulanglah kepada anda.Pilihan di tangan pembeli...
    (lamabat loading sikit laman web ni,harap bersabar)

    Selasa, 4 Jun 2013

    Diari Seorang Makhluk Tuhan(sambungan)

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sambil-sambil buat kerja sekolah ini ingat nak menaip pula tentang ...sambung balik la cerita tentang Diari Seorang Makhluk Tuhan.

     1 Januari 2035,
    6.00 pagi

    Aku tiba di tempat kerja pertamaku.Bersedia untuk menghadap komputer riba milik syarikat dan mmenghasilkan imej atau lebih dikenali poster untuk menarik perhatian pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut.

    Dengan erti kata lain,syarikat yang aku bekerja ini menyediakan perkhidmatan sediakan poster untuk sesebuah syarikat yang lain supaya syarikat tu dapat menarik perhatian pelanggan mereka.Tetapi syarikat ni bukan tampal poster tepi jalan sahaja,poster dalam laman web lagi berlambak malah 90 peratus iklan syarikat yang disiarkan di laman-laman web yang terkenal semua syarikat ni buat la tu.Rasa bangga pulak kalau dapat buat iklan unutk menarik perhatian pelanggan.

    Tetapi,satu sahaja masalah sekarang ni....KUCING ni mana aku nak letak!!!Aku rasa haiwan tak dibenarkan masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin kecuali ikan.

    Jadi,aku beranikan diri letak kucing tersebut di luar kawasan pejabat aku dengan harapan agar aku dapat beli ikan di gerai makan yang terletak 5 kilometer dari tempat kerja aku ketika masa makan tengah hari.

    2.00 petang

    Syukur,kucing tu aku dah bagi makan.Berselera kucing tu makan.

    6.00 petang

    Nampaknya kucing tu dah tak ada di sekitar pejabat.Mungkin ada orang dah bawa kucing tu pulang ke rumah.Tidak mengapa,aku tak kisah.Janji mereka tidak menganiayai makhluk Tuhan itu....

    Tamat.... 



    Jumaat, 31 Mei 2013

    Blog kawan saya...

    cadbury_nyum: Blog oh Blog..!: Assalamualaikum warga blog sekalian :) Ni baru first time anis masuk ke alam'blogger'. hahaha. rasa excited pun ada.

    Black beauty full Movie

    Assalamualaikum!!!!Maaf la kepada semua yang kekaki baca blog orang ni.Ya la.Tak mungkin ikan ada blog pulak?Ok la...Cukup la melawak tu....
    Beberapa bulan ni dah lama tak update blog.Kalau blog ni rumah berhabuk apa.....Tengok tajuk kat atas tuh....Block Beauty...Woit....Maaf,kesilapan yang tak disengajakan.Black Beauty sebenarnya.Beberapa bulan dulu saya belajar pasal komik grafik tu kat sekolah menengah.Komik grafik ni kita belajar time Tingkatan Satu di bahagian Utara sahaja....Kalau negeri-negeri yang tidak berada di bahagian utara ni...Cuba cari komik Black beauty ni kat kedai-kedai sekitar Utara.sebab saya cari buku yang bahagian Timur,Selatan,Barat tak jumpa kat bahagian Utara ni.Baiklah,ni ada short movie yang saya ambil dari Youtube.Malas nak usha sana?Tengok bawah nih!Baiklah,itu saja.Sekian dan Salam 1 Malaysia.

    Enjoy!!!!

    Isnin, 28 Januari 2013

    Tips Blogger 2

    Assalamualaikum!Selamat sejahtera!Sambung semula.Tentang apa?La......Tentang tips-tips untuk menjadi seorang blogger lah.....Tanpa buang masa mari kita sambung ya...

    1.  Cari Idea 2
    Ini hanya sambungan....
    • Berehat/Bertanang
    Kadang-kala kalau kita tertekan sangat kita mungkin tidak dapat mencari idea atau mendapat sebarang idea.Contph,kalau asyik bergerak,berligat otak cari idea,lagi tidak dapt idea.Ini merupakan satu jalan alternatif baru la...Berehat di balkoni ke,bumbung ke,tapi dengan niat nak berehat,bukan nak bunuh diri,hahaha.Tiba-tiba dapt idea nak cerita pasal pemandangan ke,gambar keadaan kedudukan ketinggian ketika di rumah ke apa ke....Ha!Kan sudah mendapt idea.Ap macam?Mudahkan hendak mendapatkan idea?

        2.   Gaya Bahasa/Penulisan.
    • Mudah difahami.
    Apa maksud mudah difahami?Tulisan tidak berbelit-belit.Contoh,hari ini aku mencari ayam yang merupakan ayam pak cik rumah sebelah aku hasil perkhawinan mak cik sebelah kanan rumah aku(ahrhhhhh!!!Sudah apa maksud penulis ni....Ayam pak cik tu kahwin dengan mak cik tu?
    • Tulisan/Taipan jangan terlalu ringkas.
    Sekarang belia zaman sekarang suka menggunakan 'short-form'/tulisan ringkas.Selalu ditaip ketika menghantar sistem mesej pesanan ringkas(sms:short message system).Saya nasihatkan agar anda menulis secara tulisan baku atau penuh.Contoh,yg=yang,cina=cna,mkn=makan
    • Taipan yang tidak biadap sangat
    Perkara ini saya rasa sudah ramai mengetahuinya.Tulis dengan beradap.Contoh,gua,lu,si bodoh tu,....(tolong jangan taip macam tu.Bagi saya,agak biadap.Tapi itu bagi saya la.Bagi anda?

        3.   Cerita yang hendak disampaikan.
    • Berilmu
    Ini digalakkan,tetapi untuk menerbitkannya perlu dipastikan sumbernya tepat dan bersesuaian.Sebab kita hendak menyalurkan ilmu macam cikgu tetapi cikgu di internet?Hahaha.Namapk macam kelakar.
    • Lawak/Mempunyai unsur humor
    Boleh juga,kadang-kala manusia ni stress juga.Jadi,boleh la terbitkan komik percuma online ke,apa ke.Sekurang-kurangnya pembaca kita hilang stress sikit.Saya sebenarnya nak buat.Tapi,tak cukup bahan lagi.Sabar.Insyaallah sebelum raya aidilfitri ada komik.Semoga dengan adanya komik,pembaca blog rajin membuka url blog saya ni.
    Baiklah,Sekian.

    Ahad, 27 Januari 2013

    Tips menjadi seorang blogger.

    Assalamualaikum!!!!!Apa khabar semua.Ini merupakan tip yang kedua yang saya pernah tulis.Hari tu pasal gelabahkan?Siapa yang belum baca boleh baca yang tu dahulu.Bukan susah pun,'scroll down' je.Pemalas betul.Tajuk penuhnya ialah 'Tips-tips Menjadi Seorang Blogger yang Berjaya'(tip ini hanya sekadar pandangan peribadi saya dan saya tidak boleh menjamin kejayaan pembaca dan pengikut yang membaca blog ini ketika mereka menaplikasinya dalam kehidupan seharian.Saya cuma memberi idea atau cadangan.Yang lain itu terserah kepada Tuhan lah yer.....
    1.  TIPS MENCARI IDEA
    • Melayari Laman Sosial(Facebook,Twitter,Marshable,Network,dan lain-lain)
    Mesti ramai yang 'confuse' kenapa kena layari laman sosial ni.Sebenarnya banyak idea yang kita boleh dapat.Contohnya.....Mereka bincang tentang bola sepak di Eropah,Benua Asia ka....Tapi sila pastikan bahawa anda.....MEMPUNYAI PENGETAHUAN YANG LUAS tentang perkara tu.Jangan main tulis ja.Sebenarnya blog ni untuk memberikan pengetahuan tentang sesuatu perkara.Apabila mereka 'search' di Google tentang kiraan mata dalam badminton,ternampak blog tentang tu,mesti mereka hendak baca di situ.Jadi,jangan aniaya orang ya.Pastikan anda tahu tentang perkara yang hendak ditulis ini banyak risikonya kerana nak menyalurkan ilmu kepada makhluk di dunia ini,ok?Jangan marah arrrr.....
    • Tonton Televisyen
    Hmphhh!!!!Siapa tidak suka kalau bab menonton tv ni....Lebih -lebih lagi tengok rancangan yang disukaikan?Sambil menonton kita boleh dapat idea juga.Contoh kita boleh buat ulasan tentang cerita yang kita tonton tu.Tapi,JANGAN MELEBIH-LEBIH sampai kutuk artis yang berlakon watak jahat tu.Cerita tentang jalan cerita ke,pandangan peribadi plot cerita tu,rating cerita tu.
    • Tidur
    Tips tidur ni hanya sesuai untuk orang yang kuat bermimpi,mengigau,dan yang sama situasi dengannya.
    • Main/Beriadah
    Sama juga macam di atas tadi,cerita tentang sukan yang kta lakukan di waktu petang.
    KESIMPULAN
    Tulis perkara yang penting dan jangan terlalu panjang.Kalau berinformasi,nak tulis panjang mana pun tak apa,tapi tahulah kita ini manusia.Pemalas hendak baca banyak-banyak(sama macam saya,baca isi penting ja.Lepas tu bermanfaat la pulak,baca penuh.Buat kerja dua kali.Hahaha).
    Sebnarnya masih terdapat beberapa bab yang perlu saya kupaskan dan banyak lagi tips tips yang bermanfaat,tapi setakat ni dulu.Kalau rasa best jangan lupa follow ya....
    Siapa yang rasa nak bagi cadangan/soalan boleh buat perkara ni:
    FACEBOOK:Siti Sarah Abdul Rahman
    TWITTER:Siti Sarah Abd.Rah.
    EMAIL:sitisarah_abdrahman@yahoo.com
    ASKFM:sitisarahabdulrahman242
    Jangan lupa add,follow,dan tanya saya.Kalau hendak tanya secara peribadi boleh email la.Jangan risau maklumat penanya dan pencadang akan dirahsiakan.
    Setakat ini sahaja.Saya harap anda semua berpuas hati.Assalamualaikum!!!!
    p/s:cerita DIARI SEORANG MAKHLUK TUHAN akan diterbitkan apabila saya sempat.Jangan risau plot cerita dah siap.Tinggal nak taip ja.

    Ahad, 20 Januari 2013

    Diari Seorang Makhluk Tuhan

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.Untuk menepati nama blog ni,Blog untuk semua lapisan umur,jadi saya rasa......Saya perlu terbitkan sesuatu yang menepati semua usia.Apa yang menepati citarasa semua ya.....Saya rasa saya perlu tulis sebuah cerpen la(mungkin).Jadi enjoy!Perhatian!Cerita ini hanya tahyul lagi moyol semata-mata.Tidak ada kena mengena sama ada makhluk yang masih hidup atau telah meninggal dunia.Jadi anda tidak berhak hendak menyaman saya jika terasa.Percayalah,ini hamya kebetulan.
    Diari Seorang Makhluk Tuhan
    1 Januari 2035,5.00 pagi.

    Zaman sekarang....
          Aku bangun awal untuk memualakan pekerjaan aku yang pertama.Yakni hari pertama aku seorang pekerja lepasan Master dari univeriti lah.Tak mungkin dari  tadika kot.
         Aku menunggang motosikal hadiah dari bapaku dengan laju.
         Secara tiba-tiba aku hampir terlanggar seekor kucing yang secara tiba-tiba berlari menuju ke arah aku.
    Hampir-hampir aku melenyeknya.Kucing itu berhenti dan memandangku dengan mata yang bersinar bak berlian.Aku berasa kasihan lalu meletaknya di dalam bakul motosikalku.Sebenarnya bakul itu untuk aku meletakkan barangan runcit ibuku.Tapi comel punya pasal hentam je lah...
     
                         p/s: Ok lah ada masa saya sambung balik cerita nih.Assalmualikum!!!



       

    Majalah Islamik

    Asslamualaikum!!!Selamat sejahtera buat semua manusia yang membaca blog saya.Hari ni saya nak kupas bawang.Eh,maaf!Silap.Maaf.Hari ni saya nak kupas tentang isu....Majalah berunsurkan dakwah Islam dan kerohanian.Bukan apa.Sebab saya dah tengok banyak penerbit yang dah terbitkan majalah-majalah macam ni.Saya bukan nak marah.Cuma nak ucap tahniah sebab ramai orang dah sedar akan masalah remaja-remaja skang nih.Jadi,ini macam salah satu inisiatif untuk menyedarkan para remaja ni.Tapi kalau mereka tak beli tak guna juga.Jadi lebih baik buat style ala-ala ada kartun gitu.Haha.Tapi saya cuma nak kupas saja.Bukan saya nak mengajar para penrbit.Jadi tolong jamgan marah kepada saya.Saya minta maaf kalau buat para penerbit terasa.Esok dah nak sekolah.Saya ingat nak terbitkan dahulu kupasan nih.Ada masa,Insyaallah ,saya tulis lagi.Tadi ada idea baik puna boleh lupa pula.Masyaallah.Sabar je la......Ok lah.Sekian dahulu.Asslamualikum dan selamat malam.....

    Ahad, 6 Januari 2013

    Sekolah

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya ingin memohon beribu kemaafan kerana lama tidak menaip atau dalam kata lain mendiamkan diri.Sebenarnya 'connection' internet saya tersangat lambat!Ianya berlaku semasa hari Krismas yang lalu.Tetapi itu semua cerita lama,kini ia menjadi laju semula apabila tiba tahun 2013.Alhamdullilah.Baiklah.Setakat itu untuk mukaddimah.
            Saya tahu para pelajar tentu berasa seronok terutamanya adik-adik Tahun 1 yang memasuki ke sekolah rendah.Saya juga begitu cuma saya masuk sekolah menengah la....Hehehe...Baiklah,para pelajar Tahun 6 pasti rasa gemuruh kerana akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah kan?Jangan takut adik-adik.Belajar dan timba ilmu pengetahuan,ok?Para pelajar Tigkatan 1 sesi 2013 tidak perlu berasa gemuruh sangat.Cuma membuat persiapan untuk menghadapi Sijil Penilaian Menengah yang bakal menjengah dalam masa beberapa tahun lagi.Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat agak baik bagi pandangan saya kerana ia membuatkan saya sentiasa bersedia dan tidak boleh leka walau seminit pun ketika belajar.Saya msaih tiada pengalaman menghadapi PBS ini.Tapi saya berharap semua pelajar berusaha untuk berjaya kelak nanti.Insyaallah.Setakat itu sahahja dapat saya taip.Tapi sebelum saya berundur buat seketika(dalam beberapa hari),saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada @Afiyah Jafni dan semoga kita semua mencapai kejayaan yang diingini.Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!Selamat bersekolah semua!!!