Wikipedia

Hasil carian

Selasa, 4 Jun 2013

Diari Seorang Makhluk Tuhan(sambungan)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Sambil-sambil buat kerja sekolah ini ingat nak menaip pula tentang ...sambung balik la cerita tentang Diari Seorang Makhluk Tuhan.

 1 Januari 2035,
6.00 pagi

Aku tiba di tempat kerja pertamaku.Bersedia untuk menghadap komputer riba milik syarikat dan mmenghasilkan imej atau lebih dikenali poster untuk menarik perhatian pelanggan supaya menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat tersebut.

Dengan erti kata lain,syarikat yang aku bekerja ini menyediakan perkhidmatan sediakan poster untuk sesebuah syarikat yang lain supaya syarikat tu dapat menarik perhatian pelanggan mereka.Tetapi syarikat ni bukan tampal poster tepi jalan sahaja,poster dalam laman web lagi berlambak malah 90 peratus iklan syarikat yang disiarkan di laman-laman web yang terkenal semua syarikat ni buat la tu.Rasa bangga pulak kalau dapat buat iklan unutk menarik perhatian pelanggan.

Tetapi,satu sahaja masalah sekarang ni....KUCING ni mana aku nak letak!!!Aku rasa haiwan tak dibenarkan masuk ke dalam bilik yang berhawa dingin kecuali ikan.

Jadi,aku beranikan diri letak kucing tersebut di luar kawasan pejabat aku dengan harapan agar aku dapat beli ikan di gerai makan yang terletak 5 kilometer dari tempat kerja aku ketika masa makan tengah hari.

2.00 petang

Syukur,kucing tu aku dah bagi makan.Berselera kucing tu makan.

6.00 petang

Nampaknya kucing tu dah tak ada di sekitar pejabat.Mungkin ada orang dah bawa kucing tu pulang ke rumah.Tidak mengapa,aku tak kisah.Janji mereka tidak menganiayai makhluk Tuhan itu....

Tamat.... 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan