Wikipedia

Hasil carian

Ahad, 6 Januari 2013

Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya ingin memohon beribu kemaafan kerana lama tidak menaip atau dalam kata lain mendiamkan diri.Sebenarnya 'connection' internet saya tersangat lambat!Ianya berlaku semasa hari Krismas yang lalu.Tetapi itu semua cerita lama,kini ia menjadi laju semula apabila tiba tahun 2013.Alhamdullilah.Baiklah.Setakat itu untuk mukaddimah.
        Saya tahu para pelajar tentu berasa seronok terutamanya adik-adik Tahun 1 yang memasuki ke sekolah rendah.Saya juga begitu cuma saya masuk sekolah menengah la....Hehehe...Baiklah,para pelajar Tahun 6 pasti rasa gemuruh kerana akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah kan?Jangan takut adik-adik.Belajar dan timba ilmu pengetahuan,ok?Para pelajar Tigkatan 1 sesi 2013 tidak perlu berasa gemuruh sangat.Cuma membuat persiapan untuk menghadapi Sijil Penilaian Menengah yang bakal menjengah dalam masa beberapa tahun lagi.Pentaksiran Berasaskan Sekolah dilihat agak baik bagi pandangan saya kerana ia membuatkan saya sentiasa bersedia dan tidak boleh leka walau seminit pun ketika belajar.Saya msaih tiada pengalaman menghadapi PBS ini.Tapi saya berharap semua pelajar berusaha untuk berjaya kelak nanti.Insyaallah.Setakat itu sahahja dapat saya taip.Tapi sebelum saya berundur buat seketika(dalam beberapa hari),saya ingin mengucapkan selamat jalan kepada @Afiyah Jafni dan semoga kita semua mencapai kejayaan yang diingini.Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!!!Selamat bersekolah semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan